Makanan Tradisional Orang Melayu


Antara juadah utama yang disediakan oleh kaum Melayu di Malaysia ini untuk menyambut perayaan Hari Raya samada Aidil Fitri atau Aidil Adha ialah lemang,ketupat pulut atau ketupat nasi.Ia merupakan makanan utama yang dimakan bersama rendang ataupun serunding.Bahan asasnya ialah beras pulut atau beras biasa yang di masak dengan teknik membakar didalam buluh atau merebus didalam kelongsong daun palas atau daun kelapa untuk dijadikan ketupat dan lemang.

                    Ketupat nasi , lemang dan ketupat daun palas

Makanan ini akan dimakan bersama rendang,kari atau serunding yang mana bahan asasnya ialah samada daging lembu,daging kambing,ayam atau kerang dimasak dengan rempah ratus untuk dijadikan rendang,kari ataupun serunding.


          dari kiri atas:rendang ayam,rendang kerang.bawah kiri serunding dan rendang daging

Selain makanan utama,kaum Melayu juga menyediakan kuih muih tradisional yang agak popular di Malaysia ini seperti kuih bahulu,kuih karas,kuih siput,batang buruk dan lain-lain lagi.Walaubagaimanapun kebanyakan kuih-kuih tradisional ini telah digantikan dengan kuih-kuih moden yang jauh lebih enak dan mudah untuk disediakan.Kuih-kuih tradisional ini ada yang disediakan dengan kaedah membakar dan menggoreng dengan bahan-bahan utama seperti tepung,gula,telur dan lain-lain lagi.

             Kuih batang buruk,kuih bahulu,kuih karas dan putu kacang.

Kaum Melayu juga sering menyajikan sejenis manisan yang dibuat untuk perayaan utama mereka samada wajik ataupun dodol.Wajik dibuat dari beras pulut yang telah ditanak dikacau dengan gula merah dan santan manakala dodol pula dibuat dari tepung pulut,santan dan gula yang dikacau berjam-jam diatas api sehingga pekat.

dodol dan wajik



Juadah sajian harian:


Untuk juadah harian makanan utama kaum Melayu di Malaysia ini ialah nasi putih yang dimakan bersama sayur-sayuran ,lauk pauk dan sambal.Memandangkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini terdapat campuran elemen pelbagai bangsa didalam masakan juadah harian kaum Melayu di sini.


tepung pelita,lompat tikam,lompang,abuk-abuk sagu,koci,tepung gomak dan seri muka.


Ada juga kuih-kuih tradisional Melayu di sini yang agak pedas dan dibakar dalam daun pisang untuk disediakan seperti sata yang terkenal di Trengganu dan juga kuih pulut panggang.Sata menggunakan isi ikan yang dicampur bahan-bahan pedas dan kemudian dibalut daun pisang serta dibakar manakala pulut panggang menggunakan pulut yang telah ditanak atau dikukus dicampur dengan kelapa yang digaul dengan sambal serta dibalut daun pisang sebelum dipanggang di atas api perlahan.

              Sata dan pulut panggang

Satu lagi makanan tradisional Melayu yang jarang diketengahkan ialah tapai..Tapai boleh dibuat dari pulut ataupun ubi kayu yang direbus kemudian dicampurkan ragi sebelum diperam untuk beberapa hari dan boleh dimakan.

          tapai pulut dan tapai ubi kayu

Sebenarnya masih banyak lagi makanan tradisional Melayu yang boleh dikongsikan cuma setakad ini sahaja yang dapat coretkan diruang ini untuk kita lebih mengenali makanan tradisional kaum-kaum lain pula yang terdapat di Malaysia.











2 comments: